Pembentangan Poster PSM II
Pembentangan poster PSM II telah berlangsung pada 25 Mei 2014 yang lalu. Perbentangan pelajar kali ini telah dinilai oleh penal luar dan IAP (Industrial Advisor Panel). Panel luar ini terdiri dari wakil dari AMD, TM, Proton, ST Muar, pihak MSC dan perunding luar yang mempunyai pengalaman luas dalam industri. Wakil penilai bagi pelajar JEC telah dinilai oleh En Zaini Hussain Senior Manager dari AMD Cyberjaya yang juga IAP kepada jabatan.Banyak input dan komen berguna telah dibincangkan bersama stakeholder ini. Moga ia menjadi kenangan manis kepada para pelajar FKEE.TAhniah juga kepada pelajar yang telah memenangi poster terbaik peringkat jabatan dan mereka yang telah berjaya lulus kursus Pensijilan Profesional berkaitan Arm Microcontroller.
Lawatan dari Nuvoton
Lawatan untuk memulakan kerjasama diantara pihak JEC FKEE dengan Nuvoton dari Taiwan telah berlangsung pada 26 Mei 2014 di MAkmal Rekabentuk Sistem Terbenam. Untuk makluman pihak Nuvoton telah mendermakan sejumlah 10 buah Nuvoton board dimakmal tersebut yang menjadi perintis makmal Nuvoton di FKEE.Seterusnya perbincangan lanjut berkaiatan MOU, semakan silibus Embedded System Design dan kerjasama pintar antara kedua-dua pihak telah diadakan di Bilik Seminar 4 sehingga jam 5:00 petang.
Pembentangan Projek Computer Architecture & Organization
Pembentangan Projek Computer Architecture & Organization juga telah berlangsung pada minggu ke 14 bermula 25- 29 Mei 2014. Penilaian dilakukan oleh pensyarah masing-masing yang terdiri dari Dr Afandi Ahmad, Hazwaj Mhd Poad Dr Hairol Jabbar, En Muhammad Suhaimi Sulong dan juga saya. Harap pelajar dapat meningkatkan kemahiran pembentangan mereka pada masa akan datang.
Pembentangan Projek POPBL Microcontroller
Tahniah dan terima kasih kepada semua staf JEC yang telah terlibat secara langsung dalam Pembentangan Projek POPBL Microcontroller pada 21 April 2014 di blok Q yang lalu. Semoga pelajar dapat manfaat yang besar dari pembentangan tersebut.
admin JEC
No comments:
Post a Comment