Daily Activity Schedule

Wednesday, 30 April 2014

Tahniah kepada Staf JEC yang menerima Anugerah Khidmat Cemerlang 2013





Anugerah Perkhidmatan Cemerlang merupakan sebuah wadah pengiktirafan dan penghargaan kepada kumpulan ayng sedia adan di university. Tidak dapat dinafikan bahawa kecemerlangan university bergantung kepada kualiti komitmen dan kesungguhanmodal insan dalam melaksanakan tugas dan tanggung jawab seiring dengan visi dan misi university.Maka, anugerah ini merupakan penghargaan yang tinggi nilai dedikasi atas sumbangan yang tidak berbelah bahagi bagi pihak university.

Penyampaian perkhidmatan dan kecekapan tadbir urus yang baik serta mengutamakan budaya kerja cemerlang merupakan factor penting yang perlu diberi perhatian utama selaras dengan dasar kerajaan yang mendahulukan kepentingan rakyat dan mengutamakan pencapaian melalui prinsip “ Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”


Antara Staf JEC yang menerima Anugerah Khidmat Cemerlang 2013 ialah :
1. Dr. Abdul Kadir Bin Mahamad
2.En. Mohamad Md Som
3.En. Md Hapic Mohamad
4.En. K. Kovalan Kanawathi
 
Dengan ini, seluruh warga JEC mengucapkan tahniah kepada penerima– penerima anugerah. 

Ucapan Penerima Anugerah

Dr. Abdul Kadir Bin Mahamad :

Terima kasih kepada semua staf di jabatan yang telah memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk mencapai misi, visi dan objektif kualiti fakulti dan UTHM sepanjang perkhidmatan saya sebagai ketua jabatan. Budaya kerja cemerlang memang telah sebati dalam jiwa dan sanubari staf di JEC. Semoga perkara ini diteruskan dan menjadi contoh yang baik kepada semua staf fakulti dan UTHM.



En. Md Hapic Mohamad :


Syukur Alhamdulilah,terima kasih Ya ALLAH

Terima kasih kepada:Ibu bapa & keluarga,rakan-rakan,UTHM ,Ketua-ketua saya danlain-lain lagi yang banyak membantu.Bukan mudah menghadapi kehidupan  dengan keadaan ekonomi sekarang.Lebih-lebih lagi jika hanya seorang sahaja yang bekerja dalam keluarga. Perlu bijak mencari peluang rezeki,perlu berusaha dari pagi hingga ke malam,bekerja dihujung minggu,menghadapi karenah masyarakat dan macam-macam lagi.Syukur Allah banyak Permudahkan.
 Pesanan untuk diri saya dan rakan-rakan :Buatlah sesuatu dengan ikhlas. In Syaa Allah anda akan rasai rezeki yang datang  dari  bermacam-macam cara.
Biar sedikit tapi berkat dan kalau tak dapat
anggaplah ianya zakat.  Sekali Lagi Terima Kasih.


En. Mohamad Md Som :
 Terima kasih diungkapkan kepada sahabat-sahabat di atas kerjasama yg diberikan selama ini. Tanpa sokongan anda semua, kejayaan ini tidak akan tercapai.
Sesungguhnya Allah maha pemberi rezeki, dan kita sebagai hamba-Nya perlu terus berusaha dengan penuh istiqamah kerana ganjaran-Nya itu pasti.


En. K. Kovalan Kanawathi :
Salam Sejahtera Semua
Pertama saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongon dan kerjasama yang diberikan.
Untuk rakan rakan kemampuan kita untuk berhasil didasarkan pada kesediaan kita melakukannya dan tidak takut untuk mengalami kegagalan.
Banyak orang yg melihat epal jatuh tapi hanya Newton yang tanya mengapa



 admin JEC





No comments:

Post a Comment