Daily Activity Schedule

Wednesday, 1 October 2014

Aktiviti Julai ~ Ogos 2014

Tahniah Dr Afandi
Tahniah Dr Afandi sebagai pembimbing atas kejayaan 2 peristiwa penting kepada UTHM dan FKEE




Bengkel Penulisan Jurnal Embedded Computing System (EmbCoS) Research Focus Group, JEC.
Bengkel Penulisan Jurnal Embedded Computing System (EmbCoS) Research Focus Group, JEC telah berlangsung pada 26 Ogos 2014.



Bengkel Semakan Kurikulum dan Bank Soalan
Bengkel Semakan Kurikulum dan Bank Soalan telah berlangsung di Wana Riverside Hotel Melaka pada 21-24 Ogos 2014. Bengkel bertujuan menambah baik kurikulum seperti cadangan dari pemeriksa luar, Prof Pelawat, IAP serta stake holder lain bagi program BEJ dan BEV serta vetting soalan ujian dan final.



Majlis MOU bersama pihak ELVIRA
Majlis menandatangani MOU dari pihak Elvira dengan UTHM-FKEE-JEC telah berlangsung pada 20 Ogos 2014 di DTMI. Majlis Open Day 2014 turut melibatkan PTj lain dengan pihak industri luar. Untuk rekod pihak Elvira merupakan syarikat "solution provider" untuk ARM dan FPGA. JAbtan mempunyai perancangan jangka panjang dengan usahasama dengan pihak Elvira ini untuk meningkatkan penyelidikan di jabatan. Tahniah kepada jabatan dan Dr Hairol (coordinator) MOU ini bagi jabatan.






Lawatan ke MIMOS
Lawatan ke MIMOS telah berlangsung pada 19 Ogos yang lalu. Lawatan bertujuan untuk mendengar penerangan dari beberapa research cluster di MIMOS disamping mencari research partner antara UTHM dan MIMOS serta tajuk berpotensi untuk pelajar PSM dan post graduate. Lawatan dihadiri oleh DEkan, KJ dan beberapa wakil dari JK FKEE dan mereka yang berkepentingan.
Beberapa projek yang berkaiatan dengan JEC ialah;
1. Surveillance camera - research partner - En HAzwaj.
2. GPGPU - Dr Ettikan- KK Yong dan Dr Nan Md Sahar
3. IOT - kepada yang berminat untuk sambung belajar.



Perkongsian Ilmu - Computer Vision +Jamuan Raya JEC 2014







Bengkel Cadangan Pemurnian Silibus Kursus JEC
Satu Bengkel Cadangan Pemurnian Silibus Kursus JEC telah diadakan seperti ketetapan dibawah.
Tarikh : 24 Julai 2014 (Khamis)
Masa: 9 - 1:30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat FKEE G1, Komplek FKEE.
Hasil BEngkel membuat ketetapan;
1. Silibus Operating Systems,Digital Design, Embedded
Systems Design, Computer System Engineering, Microprocessor and Microcontroller dan Computer Architecture and Organisation dicadangkan untuk dimurnikan.
2. Beberapa kursus dikenalpasti akan dinaiktaraf menjadi kursus program dan beberapa kursus dicadang gugur.
3. Cadangan pembelian peralatan baru untuk P&P bagi menyokong cadangan perubahan.

admin JEC1HATI

No comments:

Post a Comment