Daily Activity Schedule

Sunday, 1 March 2015

Aktiviti Januari ~ Februari 2015

Bengkel Pembangunan Projek Bangunan Akedemia FKEE
Pada 5 dan 6 Februari pula Bengkel Pembangunan Projek Bangunan Akedemia FKEE diadakan di Dewan 1 UTHM. PErbincangan menjurus kepada rundingan spesifikasi teknikal dalam bidang mekanikal, elektrikal, ICT, material dan sebagainya.


Lawatan Kerja JEC ke Elvira & Perbincangan bersama IAP JEC.
Pada 4 Februari satu lawatan kerja JEC ke Elvira bagi membentangkan proposal penyeledikan telah diadakan di Cyberjaya.
Ringkasan discussion bersama Elvira
1. 3 proposal dari JEC diterima Elvira sebagai project research bersama.
2.Elvira akan provide tema research yg related dgn industries problem utk FYP student.
3. Elvira staff juga boleh jadi co-supervisor kepada student FYP JEC.
4. Elvira akan consider student kita utk establish spinning company selepas graduate.
5.Elvira akan participate dlm ICOE MTUN dan akan provide AAE certificate utk student kita.
6. JEC akan provide student utk project WSN Elvira dan mereka (Elvira) akan provide board dan training.





Selepas lawattan ke Elvira lawatan kerja diteruskan dengan perbincangan bersama IAP JEC.
Summary discussion with JEC IAP Ir Noor Iziddin (edotco Axiata KL Central )
1. Internship for engineering student at least 5 to 6 month in edotco Malaysia
2. Vacancy as an electrical engineer that have knowledge &/or experience in energy saving equipment for edotco Malaysia
3. IAP will give a talk or short course in project management related to electrical engineering
4. R&D collaboration to test some of university product if applicable
5. Review FKEE curriculum & syllabus to meet current job demand.




Taklimat berkaiatan Audit Pengurusan Makmal JEC 2015
Taklimat berkaiatan Audit Pengurusan Makmal JEC 2015 telah diadakan pada 1 Februari 2015 yang disampaikan oleh En Mohd. Norfahmi bin Ahmaddariri dari Pejabat Bendahari. Taklimat menerangkan prosedur dan dokumen yang perlu ada dan disediakan oleh Ketua Makmmal dan Penolong Jurutera bagi menghadapi Audit di UTHM.



Lawatan Rasmi dari FKEE ke Huawei Malaysia Global Training Centre
Pada 30 Januari satu lawatan rasmi dari FKEE ke Huawei Malaysia Global Training Centre telah dijalankan dibawah inisiatif i-COE MTUN.
Rumusan perbinccangan
1. MTUN akan merangka aktiviti baharu bersama Huawei bagi tahun 2015 onward.
2. Progrram SIP (Structured Internship Programme) bagi pelajar akan diteruskan.
3. Program HANA akan diperkenalkan (pensyarah akan menjadi trainer) bagi pihak luar.
4. TOT berkaitan Huawei untuk pensyarah akan diteruskan menerusi MDEC.
5. MTUN-i-COE akan melibatkan diri dalam R&D bersama Huawei.




Majlis Perpisahan Pelajar Jepun dan Pelajar Universiti Brawijaya
Pada 25 Januari 2015, Majlis Perpisahan Pelajar Jepun dan Pelajar Universiti Brawijaya di FKEE telah diadakan. Program mobiliti pelajar antarabangsa ini telah melibatkan 2 pelajar Jepun dan 5 pelajar Indonesia. Terima kasih kepada Dr Mohamad Hairol Jabbar yang merupakan salah seorang penyelia bagi pelajar Universiti Brawijaya. Moga lebih banyak aktiviti mobiliti melibatkan pelajar FKEE akan dijalankkan pada masa akan datang.




Staf FKEE dilantik sebagai Jawatankuasa Eksekutif IEEE Malaysia Chapter
Staf akademik Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah dilantik sebagai Jawatankuasa Eksekutif menerusi Mesyuarat Agung Tahunan IEEE Malaysia yang telah berlangsung pada 17 Januari 2015 di Palm Garden Hotel, IOI Resort.
Mesyuarat Agung Tahunan tersebut dianjurkan secara berkala oleh IEEE Malaysia, iaitu badan professional antarabangsa dan menjadi platfom terbaik untuk staf akademik dan industri berkaitan elektrik dan elektronik menjalinkan kolaborasi.
Seramai lima staf FKEE telah dilantik sebagai menganggotai IEEE Malaysia Chapter iaitu;
1. Dr Fauziahanim Che Seman (Setiausaha IEEE AP/MTT/EMC Joint Chapter Malaysia),
2. Dr Nabilah Ibrahim (Jawatankuasa eksekutif EMBS Malaysia Chapter),
3. Dr Shamsul Aizam (Jawatankuasa Eksekutif PELS Malaysia Chapter),
4. Dr Nurshazwani (Jawatankuasa Eksekutif Robotic and Automation Malaysia Chapter),
5. Dr Babul Salam KSM (Jawatankuasa Eksekutif Control System Malaysia Chapter).
6. Dr Maisara Othman - IEEE Young Professional Chapter
Diharapkan dengan perlantikan ini dapat meningkatkan penglibatan aktif staf dalam jalinan kerjasama di persada antarabangsa.


admin JEC1HATI

Thursday, 1 January 2015

Aktiviti Ogos ~Disember 2014



Tahniah Engr. Norfaiza binti Fuad !!
Kejayaan staf FKEE dalam pertandingan Innovation Ideation Challenge 2014 (IIC 2014)
Satu projek idea inovasi bertajuk ‘Multilanguange Numbering System’ telah dipilih antara 20 idea inovasi dalam Innovation Ideation Challenge 2014 (IIC 2014) yang berlangsung pada 20 November 2014. Idea inovasi ini telah berjaya meraih perak dalam kategori ‘Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) dan gangsa dalam kategori poster atau infografik terbaik. Pertandingan ini terbuka kepada semua staf akademik di seluruh insitusi pendidikan dan dinilai oleh pihak MARA.
Idea inovasi ini adalah hasil usaha dan kolaborasi Engr. Norfaiza binti Fuad pensyarah daripada Jabatan Kejuruteraan Komputer, FKEE bersama Haji Mohd Erwandi bin Marwan selaku pensyarah daripada Jabatan Teknologi Maklumat, Kolej Polytech Mara (KPTM), Batu Pahat. Idea inovasi ini mengetengahkan alternatif medium pembelajaran nombor dalam pelbagai bahasa secara pengecaman suara (audio) dan visual iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Arab, Cina dan Jawa bagi awal pendidikan kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Ia juga boleh di jadikan alat bantu mengajar (ABM) kepada guru-guru tadika dan pra-sekolah.
Selain itu, projek ini telah pun di terima dan di guna pakai oleh sebuah rangkaian tadika Al-Huda di sekitar Batu Pahat dalam menambah baik pendekatan pengajaran di tadika tersebut. Menurut wakil pengetua tadika Puan Nursyafiqah berkata selain projek ini dapat membantu kanak-kanak menguasai pelbagai bahasa dengan lebih mudah, ia juga membantu para tenaga pengajar tadika untuk menambah kosa kata dalam pelbagai bahasa.
Kejayaan ini diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada semua akademia dalam menghasilkan idea-idea inovasi yang dapat membantu menambahbaik kehidupan masyarakat amnya dan system pendidikan awal kanak-kanak khususnya.


Tahniah En Khalid Isa !!
En Khalid Isa dianugerahkan “Best Paper Award” di Persidangan “The 5th International Conference on Underwater Technology: Theory and Applications 2014
Persidangan “The 5th International Conference on Underwater Technology: Theory and Applications 2014 (USYS'14)” telah berlangsung pada 3 - 4 Disember 2014 di Bayview Hotel Melaka. Atas kecemerlangan penyelidikan dan kertas persidangan yang dihasilkan oleh En Khalid Isa, beliau telah dianugerahkan “Best Paper Award”. Kertas persidangan beliau yang bertajuk “Experimental Analysis of Homeostatic-Inspired Motion Controller for a Hybrid-Driven Autonomous Underwater Glider” telah dipilih oleh pihak penganjur dari sejumlah lebih 50 kertas kerja yang dibentangkan dari dalam dan luar negara. Persidangan ini dianjurkan oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bertujuan untuk memupuk kerjasama yang bermakna dan tekal antara penyelidik terkemuka, pakar-pakar, dan juga ahli akademik untuk meningkatkan perkongsian pengetahuan dan kajian yang dijalankan. Persidangan ini merangkumi pelbagai topik yang bertemakan "Underwater Technologies: Bringing the Past to the Surface".


Kursus "Essential FPGA Design & Desigining with Multigigabit Transceiver"
Pada 16-18 Dec 2014 telah berlangsung satu kursus di jabatan iaitu "Essential FPGA Design & Desigining with Multigigabit Transceiver". Kursus telah diadakan di Makmal Sistem Kawalan Mikro yang dihadiri oleh beberapa pensyarah, penolong jurutera serta pelajar penyelidikan JEC.




World TV Day 
World TV Day merupakan aktiviti tahunan FKEE atas kerjasama dengan pihak Sharp Batu Pahat. Pada tahun ini acara ini dilangsungkan pada 19 November 2014. Pelbagai aktiviti sepanjang 2 hari dilangsungkan di Dewan DTMI. Terima Kasih kepada staf JEC yang terlibat secara langsung dalam World TV Day 2014.




Karnival Aktiviti Pelajar
Sempena Karnival Aktiviti Pelajar pada 13 & 15 November lalu satu aktiviti Karnival Kerjaya telah diadakan di FKEE. Beberapa syarikat luar dijemput untuk menemuduga pelajar bagi tujuan pengambilan pekerja baru. Tahniah kepada AJK Propemp FKEE yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan aktiviti tersebut.


"2nd Global Conference on Computer Science, Software, Networks and Engineering” 
Pada 6-8 November lalu, telah berlangsung "2nd Global Conference on Computer Science, Software, Networks and Engineering” Kusadasi, Izmir,Turkey. Dikesempatan tersebut Dr Abd Kadir Mahamad telah mengambil peluang mempromosikan UTHM kepada para pembentang kertas kerja. Peluang kolaborasi penyelidikan juga telah ditawarkan oleh Assoc. Prof. Dr. Ozcan Asilkan dari Akdeniz University, Antalya Turkey.



Program Khidmat Masyarakat JEC
Program khidmat masyarakat ini diadakan bagi mencapai sasaran KPI jabatan sepertimana yang telah ditetapkan oleh fakulti. Di samping, program ini juga secara tidak langsung dapat memberi pendedahan kepada semua peserta tentang suasana pengajian di peringkat universiti melalui program-program yang dilaksanakan. Daripada 54 orang sasaran peserta,seramai 3 orang tidak dapat menyertai program ini. 2 orang guru telah mengiringi pelajar tersebut dan disertai oleh pengetua sekolah yang turut hadir pada sebelah petang.
Program ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Jiwa Abdullah selaku pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat Fakulti. Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar juga turut memberikan ucapan aluan semasa perasmian program
Tarikh: 28 OGOS 2014 (Khamis)
Tempat : Kompleks Makmal FKEE, Blok G1
Masa : 8:30 pagi- 3:00 ptg.
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan aktiviti ini. Saya secara peribadi tersentuh dengan ucapan Pengetua sekolah hasil dari aktiviti yang bermanfaat kepada pelajar mereka. Hanya Allah saja dapat membalas usaha Dr/Tn/Pn semua.





admin JEC1HATI