Daily Activity Schedule

Thursday, 1 January 2015

Aktiviti Ogos ~Disember 2014



Tahniah Engr. Norfaiza binti Fuad !!
Kejayaan staf FKEE dalam pertandingan Innovation Ideation Challenge 2014 (IIC 2014)
Satu projek idea inovasi bertajuk ‘Multilanguange Numbering System’ telah dipilih antara 20 idea inovasi dalam Innovation Ideation Challenge 2014 (IIC 2014) yang berlangsung pada 20 November 2014. Idea inovasi ini telah berjaya meraih perak dalam kategori ‘Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) dan gangsa dalam kategori poster atau infografik terbaik. Pertandingan ini terbuka kepada semua staf akademik di seluruh insitusi pendidikan dan dinilai oleh pihak MARA.
Idea inovasi ini adalah hasil usaha dan kolaborasi Engr. Norfaiza binti Fuad pensyarah daripada Jabatan Kejuruteraan Komputer, FKEE bersama Haji Mohd Erwandi bin Marwan selaku pensyarah daripada Jabatan Teknologi Maklumat, Kolej Polytech Mara (KPTM), Batu Pahat. Idea inovasi ini mengetengahkan alternatif medium pembelajaran nombor dalam pelbagai bahasa secara pengecaman suara (audio) dan visual iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Arab, Cina dan Jawa bagi awal pendidikan kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Ia juga boleh di jadikan alat bantu mengajar (ABM) kepada guru-guru tadika dan pra-sekolah.
Selain itu, projek ini telah pun di terima dan di guna pakai oleh sebuah rangkaian tadika Al-Huda di sekitar Batu Pahat dalam menambah baik pendekatan pengajaran di tadika tersebut. Menurut wakil pengetua tadika Puan Nursyafiqah berkata selain projek ini dapat membantu kanak-kanak menguasai pelbagai bahasa dengan lebih mudah, ia juga membantu para tenaga pengajar tadika untuk menambah kosa kata dalam pelbagai bahasa.
Kejayaan ini diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada semua akademia dalam menghasilkan idea-idea inovasi yang dapat membantu menambahbaik kehidupan masyarakat amnya dan system pendidikan awal kanak-kanak khususnya.


Tahniah En Khalid Isa !!
En Khalid Isa dianugerahkan “Best Paper Award” di Persidangan “The 5th International Conference on Underwater Technology: Theory and Applications 2014
Persidangan “The 5th International Conference on Underwater Technology: Theory and Applications 2014 (USYS'14)” telah berlangsung pada 3 - 4 Disember 2014 di Bayview Hotel Melaka. Atas kecemerlangan penyelidikan dan kertas persidangan yang dihasilkan oleh En Khalid Isa, beliau telah dianugerahkan “Best Paper Award”. Kertas persidangan beliau yang bertajuk “Experimental Analysis of Homeostatic-Inspired Motion Controller for a Hybrid-Driven Autonomous Underwater Glider” telah dipilih oleh pihak penganjur dari sejumlah lebih 50 kertas kerja yang dibentangkan dari dalam dan luar negara. Persidangan ini dianjurkan oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bertujuan untuk memupuk kerjasama yang bermakna dan tekal antara penyelidik terkemuka, pakar-pakar, dan juga ahli akademik untuk meningkatkan perkongsian pengetahuan dan kajian yang dijalankan. Persidangan ini merangkumi pelbagai topik yang bertemakan "Underwater Technologies: Bringing the Past to the Surface".


Kursus "Essential FPGA Design & Desigining with Multigigabit Transceiver"
Pada 16-18 Dec 2014 telah berlangsung satu kursus di jabatan iaitu "Essential FPGA Design & Desigining with Multigigabit Transceiver". Kursus telah diadakan di Makmal Sistem Kawalan Mikro yang dihadiri oleh beberapa pensyarah, penolong jurutera serta pelajar penyelidikan JEC.




World TV Day 
World TV Day merupakan aktiviti tahunan FKEE atas kerjasama dengan pihak Sharp Batu Pahat. Pada tahun ini acara ini dilangsungkan pada 19 November 2014. Pelbagai aktiviti sepanjang 2 hari dilangsungkan di Dewan DTMI. Terima Kasih kepada staf JEC yang terlibat secara langsung dalam World TV Day 2014.




Karnival Aktiviti Pelajar
Sempena Karnival Aktiviti Pelajar pada 13 & 15 November lalu satu aktiviti Karnival Kerjaya telah diadakan di FKEE. Beberapa syarikat luar dijemput untuk menemuduga pelajar bagi tujuan pengambilan pekerja baru. Tahniah kepada AJK Propemp FKEE yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan aktiviti tersebut.


"2nd Global Conference on Computer Science, Software, Networks and Engineering” 
Pada 6-8 November lalu, telah berlangsung "2nd Global Conference on Computer Science, Software, Networks and Engineering” Kusadasi, Izmir,Turkey. Dikesempatan tersebut Dr Abd Kadir Mahamad telah mengambil peluang mempromosikan UTHM kepada para pembentang kertas kerja. Peluang kolaborasi penyelidikan juga telah ditawarkan oleh Assoc. Prof. Dr. Ozcan Asilkan dari Akdeniz University, Antalya Turkey.



Program Khidmat Masyarakat JEC
Program khidmat masyarakat ini diadakan bagi mencapai sasaran KPI jabatan sepertimana yang telah ditetapkan oleh fakulti. Di samping, program ini juga secara tidak langsung dapat memberi pendedahan kepada semua peserta tentang suasana pengajian di peringkat universiti melalui program-program yang dilaksanakan. Daripada 54 orang sasaran peserta,seramai 3 orang tidak dapat menyertai program ini. 2 orang guru telah mengiringi pelajar tersebut dan disertai oleh pengetua sekolah yang turut hadir pada sebelah petang.
Program ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Jiwa Abdullah selaku pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat Fakulti. Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar juga turut memberikan ucapan aluan semasa perasmian program
Tarikh: 28 OGOS 2014 (Khamis)
Tempat : Kompleks Makmal FKEE, Blok G1
Masa : 8:30 pagi- 3:00 ptg.
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan aktiviti ini. Saya secara peribadi tersentuh dengan ucapan Pengetua sekolah hasil dari aktiviti yang bermanfaat kepada pelajar mereka. Hanya Allah saja dapat membalas usaha Dr/Tn/Pn semua.





admin JEC1HATI