Daily Activity Schedule

Friday, 1 August 2014

Aktiviti Jun/Julai 2014

Lawatan Tinjauan ke tapak Bangunan Pentadbiran dan Akaademia 
Satu lawatan tinjauan ke tapak Bangunan Pentadbiran dan Akaademia telah dilakukan oleh pihak JKR pada 16 Julai yang lalu. Insya Allah 2 tahun lagi FKEE akan mempunyai bangunan Pentadbiran sendiri berhampiran Blok Q sekarang.




Mesyuarat Pembangunan Perancangan Strategik bagi Group Focus EmbCos
Satu mesyuarat pembangunan perancangan strategik bagi group focus EmbCos telah diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 20 Julai 2014
Masa: 9 pagi
Tempat: Bilik Seminar 4
Hasil daripada mesyuarat, EmbCoS telah merangka perancangan strategik bagi perkara-perkara berkaiatan
1. pemohonan geran penyelidikan,
2. pembangunan sumber manusia,
3. penerbitan,
4. latihan dan
5. pelan pembangunan penyelidikan untuk 5 tahun sehingga 2020
Pelan strategi ini selaras dengan misi dan visi EmbCos yang ditetapkan.


Bengkel Penyerahan CQI Kursus dan Taklimat Pembinaan Bank Soalan Kursus
Bengkel Penyerahan CQI Kursus dan Taklimat Pembinaan Bank Soalan Kursus di JEC telah diadakan seperti ketetapan dibawah
Tarikh: 17 Julai 2014 (Khamis)
Tempat : Bilik Seminar 2
Masa: 8.30 pagi - 1 petang
Tentatif:
(a) Penyerahan CQI
(b) Taklimat Proses CQI
(c) Taklimat dan Perbincangan Pembentukan Soalan bagi tujuan bank soalan ujian dan peperiksaan akhir
(d) Perkara berbangkit





Bengkel Anjuran Embedded Computing System (EmbCoS) Research Focus Group

Satu bengkel anjuran Embedded Computing System (EmbCoS) research focus group , JEC telah diadakan seperti ketetapan dibawah
Tarikh: 13 Julai 2014 (Ahad)
Masa : 9.00- 4.00pm
Tempat Bilik Seminar 2.
Penceramah: Prof Dr Khairul Anuar Kassim, UTM.
Penceramah memberi penekanan kepada geran MOHE dan MOSTI. Moga bengkel ini memberi manfaat kepada staf JEC.






Kursus FPGA Lanjutan


Kursus FPGA Lanjutan yang diadakan di Makmal Senibina Komputer, Jabatan Kejuruteraan Komputer, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, UTHM telah dilaksanakan pada 1-2 Julai 2014. Kursus ini dikendalikan oleh fasilitator berpengalaman dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) iaitu Dr Yuan Wen Hau. Kursus ini dihadiri oleh 11 orang staf akademik, 3 orang pelajar sarjana, dua orang pelajar PhD dan seorang pelajar Latihan Industri, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE)
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pensyarah dan pelajar sarjana penyelidikan tentang bagaimana membina sistem di dalam cip (System on Chip (SOC)) dan implementasi software di dalam FPGA.



Lawatan akademik ke Universiti MAlaysia Pahang 

Lawatan akademik ke Universiti MAlaysia Pahang telah berlaku pada 20 Jun 2014 yang lalu. Lawatan bertujuan untuk melihat kerjasama dalam bidang penyelidikan, penggunaan makmal dan memanfaatkan dana i-COE untuk FKEE.






Mesyuarat Jabatan Bil 2 2014 

Mesyuarat Jabatan Bil 2 2014 telah berlangsung pada 23 Jun 2014 bertempat di Bilik Mesyuarat FKEE Kompleks G1 bermula 9 ~ 1 tengahari.. Mesyuarat membincangkan aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dijalankan sepanjang 2014 berpandukan SKT jabatan 2014.Mesyuarat juga membincangkan isu-isu lain yang dibangkitkan ahli mesyuarat jabatan.




Program Pemeriksa Luar bagi program Ijazah Sarjana Muda Kej Elektronik

Terima kasih kepada semua staf yang telah memyumbangkan tenaga, masa dan idea untuk program Pemeriksa Luar FKEE bermula 8 ~ 12 Jun 2014 yang lalu. Pemeriksa Luar bagi program Ijazah Sarjana Muda Kej Elektronik ialah PROF IR DR AHMAD FADZIL BIN MOHAMAD HANI (TNCA UTP). Program ini dipertanggungjawabkan kepada jabatan untuk tempoh 2 tahun telah berjalan dengan baik dan lancar




Lawatan Akreditasi EAC

Terima Kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tak langsung pada Lawatan Akreditasi EAC pada 1 & 2 Jun 2014 yang lalu. Semoga program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik dengan Kepujian kita mendapat akreditasi untuk tempoh yang lama.


admin JEC1HATI