Daily Activity Schedule

Friday, 27 December 2013

Visitting Professor Abbes Amira 21 Oct-24 Oct 2013



Selaras dengan matlamat Universiti untuk muncul sebagai sebuah universiti yang berjaya dan disegani, segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, perundingan, penulisan dan penerbitan haruslah benar-benar memberikan impak yang jelas kepada pelanggan iaitu pelajar khususnya serta masyarakat dan Negara amnya. Profesor Abbes Amira ialah pensyarah daripada Universit of The West Scotland. Ini merupakan lawatan kali ke-3 beliau sebagai Profesor Pelawat di Jabatan Kejuruteraan Komputer. Hasil daripada lawatan Profesor Pelawat ini dapat menaikkan kredibiliti Universiti sebagai pusat pengajian tinggi terunggul khasnya dalam bidang kejuruteraan elektronik – pengkhususan kejuruteraan komputer.  



Objektif diadakan program Lawatan Profesor Pelawat adalah untuk mendapatkan input kepakaran dari universiti luar negra dalam bidang pendidikan kejuruteraan khususnya bidang kejuruteraan komputer, memberikan input baru dalam bidang pendidikan terutamanya untuk mengkaji kualiti program dan kurikulum serta silabus dan mengenalpasti penyelidikan semasa yang sedang dilakukan di universiti luar negara yang bertujuan untuk memantapkan lagi perkembangan penyelidikan di Fakulti Kejuruteraan di kalangan pensyarah dan pelajar.
Input daripada Profesor Pelawat adalah sangat signifikan bagi memastikan aktiviti dan program yang ditawarkan di Jabatan Kejuruteraan Komputer/ FKEE setanding dengan institusi lain dari dalam mahupun luar negara.

Beliau juga dapat membantu Fakulti untuk mengenalpasti potensi kerjasama dalam pelbagai bidang antaranya penyelidikan, penerbitan, penyeliaan dan program-program akademik.









Colloquium Presentation by Postgraduate Student



Antara Aktiviti Yang  Dijalankan 


* Membincangan CQI ke atas laporan kesuluruhan daripada Prof. Abbes berdasarkan lawatan pada tahun 2012

* Perbentangan kolokium oleh lima orang  pelajar dikalangan program sarjana dan kedoktoran yang bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas daripada Prof. Abbes tentang penyelidikan yang dijalankan.



* Semakan ke atas penyediaan soalan akhir sem I 2013/2014 untuk kursus yang ditawarkan oleh Jabatan Kejuruteraan Komputer



* Perbincangan— Prof. Abbes mewakili University of the West of Scotland (UWS)  berhasrat untuk menjalinkan kolaborasi antara UTHM dengan UWS berkaitan program pasca siswazah.



* Pertemuan di antara Profesor Pelawat bersama YBhg. Naib Cancelor UTHM. Pertemuan ini dihadiri bersama Dekan FKEE, Ketua Jabatan JEC, TDAA FKEE dan juga Dr. Afandi Ahmad.



* Prof. Abbes telah menyampaikan syarahan yang bertajuk Connected Health: Empowering Care through Embedded Intelligent Computing.

* Kuliah yang berkaitan dengan Rekabentuk Sistem Terbenam kepada para pelajar tahun 4 untuk kursus elektif Jabatan Kejuruteraan Komputer oleh Prof. Abbes

* Majlis exit meeting dan penutup telah dihadiri oleh Ketua Jabatan dan juga Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa (TDAA).



* Aktiviti petang diteruskan dengan perlawanan futsal.


admin JEC






Thursday, 10 October 2013

Ucapan Tahniah


Tahniah kepada En Hazwaj Mhd Poad mendapat bayi lelaki pada 7 Oktober lalu jam 1:30 pm. Semoga anak beliau menjadi anak yang soleh. Insya Allah.

Antara staf lain yg juga dikurniakan anak pada tahun ini ialah :
1. Pn Noraisah Sudin pada 25 Ogos, baby girl.
2. Dr. Siti Zarina Mohd Muji pada 5 Jun, baby boy
3. Pn. Nurul Aqla Abdul Razak pada 12 Jun, baby boy
4. En. Syafiq Afiq Sulaiman pada 5 Mei, baby boy
5. En. Azmi Sidek pada 19 April, baby girl


Antara lain..ucapan sekalung tahniah juga diucapakan buat staf yg mendapat kenaikan pangkat,
1. En Shamsul Mohamad atas kenaikan pangkat ke DS 52.Diharap boleh dijadikan motivasi kepada staf lain di JEC untuk mengikuti jejak beliau. 

2. Dr Suhaila Sari atas lantikan baru sebagai TDAA FKEE mengantikan Dr Afandi Ahmad. Diharap semua ahli jabatan dapat memberikan kerjasama kepada beliau.


Majulah JEC1HATI
Terima kasih.

Tuesday, 8 October 2013

Program Industrial Career Untuk Pelajar IDP2

Assalamualaikum

JEC, FKEE, UTHM akan menganjurkan satu Program Industrial Career Untuk Pelajar IDP2 seperti ketetapan di bawah:-

Tarikh :10/10/13 (Khamis)
Masa : 11am - 1pm (waktu IDP2)
Tempat : DK A blok G3

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan ilmu pengetahuan berkaitan dengan karier sebagai seorang jurutera, memberikan input baru dalam bidang pekerjaan terutamanya dalam memberi kefahaman tentang tanggungjawab seorang jurutera dan yang paling penting adalah melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai wawasan dalam kehidupan dan mempunyai perancangan dan persediaan ke arah alam pekerjaan.

Yang akan beri talk ialah En. Muhamad Rizal Bin Abu Samah. Melihat kepada pengalamannya (11 tahun pengalaman sebagai jurutera)..admin yakin tentu banyak perkongsian ilmu yg akan disampaikan.

Menarik bukan..?

Semoga program ini berjalan lancar. In shaa Allah..



Sekian, terima kasih.